PENDAFTARAN  TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 AMBILAN KEDUA 2024

Alhamdulillah proses pendaftaran tingkatan 1 dan tingkatan 4 ambilan kedua hari ini (Isnin, 22 April 2024) berjalan lancar. Pendaftaran diadakan di SESMASPACE kerana Dewan Utama digunakan oleh murid tingkatan 5 untuk ujian TOV. Seramai 21 orang murid tingkatan 1...

Link Berkaitan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Sesi Akademik 2024/2025

Info 1: Facebook Tuan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, En.Kamsah@Kamal :  https://www.facebook.com/share/p/PvEf8yxDUvoEQALy/?mibextid=oFDknk Info 2 : Facebook Rasmi SESMA https://www.facebook.com/share/p/JrfaBFT8M9VmkXZL/?mibextid=oFDknk Info 3 : Tik Tok...

Ceramah Ramadan “Kelebihan Bulan Ramadan”

Ahad, 24 Mac 2024. Alhamdulillah ceramah Ramadan ini disampaikan oleh Al-fadil Ustaz Najmuddin Ulwan Bin Muhammad Hamdan,Pegawai Agama Majlis Sukan Negeri Terengganu. Ceramah ustaz berkisar tentang kelebihan dan kerugian umat Islam pada bulan Ramadan. Masih ramai umat...

Visi Sekolah

“Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia”

Berita Sekolah

PENDAFTARAN  TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 AMBILAN KEDUA 2024

PENDAFTARAN  TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 AMBILAN KEDUA 2024

Alhamdulillah proses pendaftaran tingkatan 1 dan tingkatan 4 ambilan kedua hari ini (Isnin, 22 April 2024) berjalan lancar. Pendaftaran diadakan di SESMASPACE kerana Dewan Utama digunakan oleh murid tingkatan 5 untuk ujian TOV. Seramai 21 orang murid tingkatan 1...

Ceramah Ramadan “Kelebihan Bulan Ramadan”

Ceramah Ramadan “Kelebihan Bulan Ramadan”

Ahad, 24 Mac 2024. Alhamdulillah ceramah Ramadan ini disampaikan oleh Al-fadil Ustaz Najmuddin Ulwan Bin Muhammad Hamdan,Pegawai Agama Majlis Sukan Negeri Terengganu. Ceramah ustaz berkisar tentang kelebihan dan kerugian umat Islam pada bulan Ramadan. Masih ramai umat...

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 DAN 4 TAHUN 2024

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 DAN 4 TAHUN 2024

Alhamdulillah seramai 102 orang murid tingkatan 1 telah mendaftarkan diri sebagai warga SESMA pada hari Isnin 18 Mac 2024 jam 9 pagi. Selain itu juga, turut mendaftarkan diri di SESMA ialah seramai 3 orang murid Tingkatan 4. Selamat datang ke SESMA. Kami warga SESMA...

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan 2024

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan 2024

Selasa 12 Mac 2024 7.45 pagi Alhamdulillah majlis pelancaran Ihya' Ramadhan diadakan pada 1 Ramadhan 1445H di Dewan Utama SESMA. Warga SESMA mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa kepada semua. Ramadhan Kareem!

Barisan Pentadbir

CIKGU HAYATI BINTI A.RAHMAN

CIKGU HAYATI BINTI A.RAHMAN

PENGETUA

Tinta Pengetua

Bismillaahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil’ Alamin Wabihi Nasta’in

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera.
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T selawat dan salam untuk Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W para keluarga dan sahabat Baginda.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas tahun 2023. Semoga kita semua dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi bagi mencapai hasrat dan halatuju SESMA baharu tahun 2023.

Pendemik Covid 19 telah mengajar kita erti kehidupan di norma baharu, erti kesabaran, kekuatan minda, dan lebih bersedia dengan PDPC yang lebih berkesan terutama berkaitan dengan Plantar Pembelajaran Digital dan Pendidikan secara Virtual. Jesteru, pada tahun ini cabarannya akan lebih menguji kita dalam mendepani Pendidikan global yang penuh seni dan halangan. SESMA sebagai SBP SGE memerlukan para guru sentiasa bersedia dalam keadaan apapun ditambah dengan bahang kepesatan di bidang pendidikan yang pelbagai, menuntut kita sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi serta pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan kemajuan Pendidikan global. Selari dengan aspirasi SBP, kita harus mengangkat martabat visi dan misi utama iaitu Pendidikan berkualiti, insan terdidik negara sejahtera, Melestarikan sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membagunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara dan Peneraju Pendidikan bertaraf dunia.

Marilah kita sama-sama mendukung dan berusaha untuk mencapai 22 KPI utama kecemerlangan Pendidikan SBP dengan mengupayakan Gerakan kemenjadian murid, pengurusan sumber dan pengurusan infrastruktur & infrostrukur. Semoga kita terus dapat melahirkan pealajar yang “Global Extra Talent” dan “Global View Pattent”. Nescaya usaha ini akan berkesan sekiranya kita benar-benar menghayati Tagline baharu SESMA “SHAPING FUTURE LEADERS” dengan meletakan peranan guru masing-masing dengan tanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tulus dan secara sinergi dalam menentukan halatuju dan kecemerlangan SESMA tahun 2021 ini. Sehasrat Sederap wahana kecemerlangan dunia dan akhiran

Sekian, Terima Kasih
#SESMA SHAPING FUTURE LEADERS

Cikgu Che Wan Junaidah Binti Che wan ahmad

Cikgu Che Wan Junaidah Binti Che wan ahmad

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

CIKGU NURLINA BINTI ISA

CIKGU NURLINA BINTI ISA

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Cikgu Wan Mazri bin Muhammad

Cikgu Wan Mazri bin Muhammad

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Logo Sekolah

Obor

Melambangkan pelajar-pelajar yang memiliki semangat juang yang tinggi dalam semua aspek termasuk bidang akademik dan kokurikulum.

Ombak Merah

Melambangkan semua pelajar dan kakitangan sekolah di SM Sains Sultan Mahmud bernaung di bawah satu panji bendera Malaysia yang berkibar megah.

Nukleus Yang Dikelilingi Elektron

Sekolah yang berasaskan aliran sains yang menjadi matlamat sekolah untuk melahirkan pelajar yang berpendidikan sains.

Logo Negeri Terengganu

Sempena sekolah ini berada di negeri Terengganu Darul Iman di bawah pemerintahan DYMM Al-Sultan Terengganu.

Motto Sekolah

“Disiplin Kualiti Dedikasi”

Lagu Sekolah

Teguh Berdiri Jaya
Sekolah Sultan Mahmud
Menjadi Kebanggaan
Putera Puteri Semua

SESMA Lambang Sejati
Harum Segenap Negeri
Sains Teknologi
Asas SESMA Berbakti

Disiplin, Kualiti Dan Dedikasi
Menjadi Panduan
Semasa Kami Disini…

Bangkitlah Putera Puteri
Harumkan Nama SESMA
Wujud Semangat Waja
Bela Bangsa Negara

SESMA Media Sosial

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud , Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1973 yang berorientasikan Bidang Sains dan menjadi sekolah berasrama penuh yang pertama di Negeri Terengganu. sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sains Terengganu dan telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultan Terengganu pada 5 September 1979. Kemudian pada 18 September 1982 Sekolah Menengah Sains Terengganu diberi nama baru , Sekolah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sempena nama Sultan Terengganu yang memerintah Negeri Terengganu pada masa itu.

Pada tahun 1995 pula Kementerian Pendidikan menyelaraskan semua sekolah berasrama penuh, dengan demikian Sekolah Sultan Mahmud bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud , Kuala Terengganu.
Pada tahun 1978, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menubuhkan Pusat Matrikulasi di sekolah ini yang menempatkan seramai 80 orang pelajar dan kemudiannya ditutup pada tahun 1999. Pada tahun 1999, sekolah ini telah menjadi Sekolah Bestari dan kini, bertaraf Sekolah Bestari Lima Bintang.

Atas kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum, Pada 3 Jun 2009, SM Sains Sultan Mahmud telah dimashyurkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (fasa 3) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dis 2012, SESMA telah di iktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan kini selangkah lagi untuk menjadi Sekolah Kebanggaan Negara.

Visi & Misi Kami

VISI KPM

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

VISI BPSBP

Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia

MISI KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MISI BPSBP

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membagunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Orang Pelajar

Tenaga Pengajar

Pasukan Pelaksana

SMK SAINS SULTAN MAHMUD

Hubungi Kami

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
21300 Kuala Nerus
Terengganu

+609-6664214

+609-6664644